Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

04/10/2011

Mereka dan Limozine

Kak Fynn Jamal.Siapa tak kenal dia? sila hantuk kepala

Najwa latif :3

Inche Bagak dari band Statik


Limozine masih boleh didapati dengan pesanan secara online. terima kasih -sirkillingdavid-

13/08/2011

Perkhabaran di Agustus

Assalaamu`alaikum dan Salam Sejahtera sekalian alam.
  • Seperti yang telah dinyatakan dalam blogpost yang lepas, blog ini masih dalam proses renovasi. Tapi sekarang kiranya cukup sudah perubahan buat masa ini. Apa guna rupa sahaja lebih, tapi dalamnya jiwa tiada? Oh, ada gunanya, yakni jadi patung model baju di Paksen, RijekSyop, dan yang sama dengan dengannya.
  • LimoZine akan mula diterbitkan pada minggu depan dengan izin Tuhan. Jadi bolehlah siap-siapkan duit untuk tujuan pembelian. Sila minta duit raya in advance dari orang yang bermurah hati kalau perlu (pihak DBP tidak bertanggungjawab atas segala kejadian yang tidak diingini yang bakal berlaku).
...dan kerana Agustus masih bertatih separuh langkah,  perkhabaran juga hanya separuh dapat dipunggah.

30/07/2011

Interview bersama Dark Book Press

R : Hai, encik Dark Book Press ya?
DBP: ya, kenapa tak bagi salam. awak kapir ke?

R: maaf, assalamualaikum
DBP: waalaikumsalam.

R: panjang nama encik. Ada singkatan?
DBP:  ya,nama pendek Kamisan. Tapi orang suka panggil saya DBP.

R: boleh ceritakan sedikit tentang diri encik?
DBP: Nama pendek Kamisan, nama panjang Dark Book Press....

R: ok, macam mana boleh dapat nama Dark Book Press?
DBP: kan saya tak habis cerita lagi pasal diri? saya asal Johor. mak saya jantan,bapak saya of kos la jantan.
         umur saya tak sampai setahun jagung pun. tapi mak ayah saya berani berjudi dengan terbitkan dua
         zine atas nama saya. bodohkan diorang.

R: zine tu apa?
DBP: saya ingat mak bapak sayalah orang paling bodoh. zine pun tak tahu? zine ini sejenis buku yang dibikin
         secara persendirian(indiependence) dan dijualpun secara sendiri-sendiri jugak. Jadi zine tak akan
         jumpa dekat kedai kapitalis macam popular ke,mph ke. senang cerita zine ni macam kasut cap Nike la,
         susah nak jumpa.

R: Kasut nike susah nak jumpa?
DBP: ye la, awak ni bahlol ke apa? macam mana nak jumpa kasut nike dekat kedai kasut converse?

R: Macam mana encik boleh dapat nama Dark Book Press?
DBP: Cuba awak interview babi, dan tanya babi macam mana dia boleh dapat nama babi. ape punye soalan.

R:  Kenapa encik marah-marah ni?
DBP: awak ada soalan lagi tak? saya nak mintak diri ni.

R: eh kejap-kejap. ada beberapa soalan lagi ni. Apa tujuan encik dilahirkan?
DBP: untuk menjadi anak yang soleh. kemudian membantu memperkenalkan zine-zine yang dihasilkan oleh
         anak watan. sangat rugi kalau idea mereka serta keindahan seni tidak dikongsi. Seni itukan universal.

R: boleh terangkan jenis-jenis zine dan isi kandung zine yang encik terbitkan?
DBP: saya menerbitkan zine bertemakan kesenian yang mengandungkan puisi,sajak,cerpen pendek,lukisan
          dan lain-lain.

R: jadi encik ni memang penerbit lah ya?
DBP: secara tak rasminya begitulah.

R: jadi dari mana encik memperoleh dana untuk menerbitkan zine?
DBP: hidup kami anak beranak memang susah. mak saya jual air tebu di bazar ramadhan,ayah pula kerja
          mekdonal. tapi mereka je la yang susah,saya tak.

R: encik anak derhaka?
DBP: anak derhaka kepala bapak kau la sial.

R: jadi macam mana mereka-mereka diluar sana nak membeli zine-zine terbitan encik?
DBP: selalunya akan di jual di Distro Buku di pekan frinjan. atau boleh beli dengan mak bapak saya by hand. atau bank in dalam akaun mak saya yang tertera dalam blog ini.,kemudian sms nombor yang tertera dalm blog ini jugak.

R: apakah syarat jika ada yang berminat untuk menjadi penulis dalam DBP?
DBP: mestilah belum berkahwin, hantarkan link blog anda ke email kami darkbookpress@gmail.com  untuk
         kami periksa dan teliti,dan mestilah menyayangi haiwan. Kalau anda seorang yang bernama mohd
         jayzuan, sufian abas, zoul yazix atau anda kroni-kroni zine satu malam atau sang freud press, tak payah
         bertonyeh-tonyeh. Kami terima dengan kasih sayang.

 R: baiklah, ada akhir kata dari encik?
DBP: ada.

R: silakan
DBP: terima kasih.