21/06/2012

Putih dan Ternoda

Satu demi satu
kuntum bunga kemboja
menyentuh rumput basah
lalu bermukim di atas tanah.
Kuntum bunga kemboja
harum dan putih
bersih
namun akhirnya jatuh
rebah mencium rumput
tajam.
Kuntum bunga kemboja
harum dan putih
suci
namun akhirnya ternoda
debu tanah
cemar warnanya.
Maka reputlah
kuntum bunga kemboja
dibakar suria
disiram hujan
sehingga hilang baunya
buruk rupanya
hancur kelopaknya
diinjak telapak kaki
telapak kaki gergasi.

P/s: Secantik atau seharum mana pun bunga, sampai masa akan layu juga. Tapi yang lebih sedih, kalau layu buruknya bukan kerana masa atau cuaca, tapi kerana dirosak manusia. Gadis pun begitu juga.