Assalaamu’alaikum.
Seperti yang dijanjikan, minggu ini anda akan disuakan dengan ulasan puisi Anak
Kecil Itu dari Syafiq Mohamad.
Puisi yang kedua ini dipetik dari zine Buku
Hitam terbitan Dark Book Press. Ini versi “Old Testament”. Sebelum ada yang
berkomplot di belakang dan memalsukan mashaf yang asal. Khianat? Entahlah.
Sajak 28 baris ini
mengambil bentuk bebas atau dalam bahasa Inggerisnya, free verse. Pembahagian meter atau suku kata antara baris-baris
diklasifikasikan sebagai heterometer; iaitu pelbagai dari segi bilangan suku
kata dalam satu baris dengan baris yang lain. Tiada pembahagian stanza atau
rangkap yang jelas, kerana semuanya ditulis secara selari dari kiri. Namun
begitu, terdapat beberapa bahagian yang menandakan volta; iaitu perubahan nada atau isi puisi. Selain itu, penulis
menggunakan sudut pandangan ketiga atau pencerita yang tidak terlibat secara
langsung dengan jalan cerita.
Dari segi semantik,
puisi ini bersifat literal atau tersurat. Seperti yang pernah diberitahu
sebelum-sebelum ini, penulis (Syafiq Mohamad) tanpa sedar atau tidak, sering
menggunakan metafora dalam karya-karya beliau.
Begitu juga dalam puisi ini, penulis menyelitkan beberapa metafora yang melambangkan
identiti beliau iaitu unik tapi masih difahami. Selain dari metafora, tiada
makna dalam melainkan penulis sendiri serta Tuhan saja yang tahu. Sudut
pandangan ketiga dalam menggali makna inti adalah terbatas. Konklusi ini dibuat
berdasarkan penggunaan diksi serta pengimejan (imagery) yang mudah dan konkrit.
Dari segi plot atau penceritaan pula, unsur klise memeluk keseluruhan puisi. Hanya struktur ayat dan pemilihan kosa kata sahaja yang memberi DNA penulis kepada puisi ini. Secara ringkasnya, puisi ini mengisahkan seorang anak yang dibesarkan oleh ibu dan bapanya denga penuh harapan namun apabila membesar dewasa, anak yang dulunya kecil itu sudah semakin jauh dengan agama dan menjadi lupa pada pengorbanan ibu bapanya kerana hanyut dengan dunia.
Antara persoalan moral yang disentuh penulis ialah penyalahgunaan alkohol, pengawalan nafsu seksual, serta kepentingan berpegang pada agama.

Sekian dulu ulasan
paling ringkas dalam sejarah Orked Perak dan semoga wujud lagi untuk ulasan
seterusnya: Kispen Ini Baju Bundle dari Syafiq Mohamad.
0 kritikan free:
Post a Comment