25/08/2011

Nama Dia Hello Kitty

Seorang manusia sedang bergelumang mesra
dengan kucing-kucing yang memakai riben di telinga.
Hello Kitty namanya.
Itu nama kucing itu
bukan nama manusia.

Di sebalik dinding biliknya
kacukan konkrit dan papan
kedengaran suara kokokan ayam.
Fajar sadiq takkan tiba
sebelum jam analogi selesai tawaf dua kali
tapi ayam sudah mula berkokok.

Kenapa ayam berkokok
sedangkan fajar sadiq maseh belum mahu muncul?
Membangunkan manusia untuk bertahajjud barangkali.
Atau sekadar menjerit
"Sejuukk!!!"

Ya, mungkin yang pertama itu.
Sebab yang kedua berpihak kepada manusia.
Sejuk.
Kerana itulah manusia
bergelumang mesra
dengan kucing-kucing beriben di telinga.
Hello Kitty namanya.