25/08/2011

Nama Dia Hello Kitty

Seorang manusia sedang bergelumang mesra
dengan kucing-kucing yang memakai riben di telinga.
Hello Kitty namanya.
Itu nama kucing itu
bukan nama manusia.

Di sebalik dinding biliknya
kacukan konkrit dan papan
kedengaran suara kokokan ayam.
Fajar sadiq takkan tiba
sebelum jam analogi selesai tawaf dua kali
tapi ayam sudah mula berkokok.

13/08/2011

Perkhabaran di Agustus

Assalaamu`alaikum dan Salam Sejahtera sekalian alam.
  • Seperti yang telah dinyatakan dalam blogpost yang lepas, blog ini masih dalam proses renovasi. Tapi sekarang kiranya cukup sudah perubahan buat masa ini. Apa guna rupa sahaja lebih, tapi dalamnya jiwa tiada? Oh, ada gunanya, yakni jadi patung model baju di Paksen, RijekSyop, dan yang sama dengan dengannya.
  • LimoZine akan mula diterbitkan pada minggu depan dengan izin Tuhan. Jadi bolehlah siap-siapkan duit untuk tujuan pembelian. Sila minta duit raya in advance dari orang yang bermurah hati kalau perlu (pihak DBP tidak bertanggungjawab atas segala kejadian yang tidak diingini yang bakal berlaku).
...dan kerana Agustus masih bertatih separuh langkah,  perkhabaran juga hanya separuh dapat dipunggah.

*THIS SITE IS CURRENTLY UNDER CONSTRUCTION*

Assalaamu`alaikum atau salam sejahtera.

Perhatian kepada semua yang berkaitan dengan
Dark Book Press.
Ya, sedang cuba meraih perhatian di sini.

Blog DBP sedang dalam proses make over. Makhluk yang menjadi make-up artist ialah Orked Perak. Jadi kalau ada apa-apa yang tak suka tu, sila halakan sumpah-seranah korang kepada makhluk yang tertera di atas. Buat masa sekarang (yakni sewaktu post ini ditaip), hanya ini sahaja yang berubah. 
Tunggu perubahan seterusnya.

*Post ini saja dibuat untuk membanyakkan post.